ASNAWI YUSOF

En. Asnawi Yusof merupakan seorang Perunding Imej Profesional Bertauliah di bawah latihan Akademi Perunding Imej Profesional. Sebelum melangkah ke industri latihan imej, beliau telah memperoleh pengajian formal dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.

Pendedahan beliau terhadap industri yang berbeza telah menjadikan beliau lebih terperinci dalam tugasan, menyusun maklumat dengan lebih berstruktur dan gaya pemikiran yang lebih bersistematik. Dengan minat yang mendalam terhadap industri imej, maka beliau telah mengambil persijilan sebagai Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC) dan Perunding Imej Lelaki Bertauliah (CMIC) di bawah Akademi Perunding Imej Profesional. Beliau juga menjadi seorang ahli bersekutu di bawah Institut Pengurusan Malaysia.

Beliau kini berkhidmat dengan Training Cube International Sdn. Bhd, sebuah syarikat latihan yang mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam modul dan latihan pembangunan soft-skill. Beliau juga berada di bawah pantauan sepenuhnya oleh seorang guru imej yang dikenali ramai di Malaysia iaitu Puan Mary.

Beliau telah dilatih secara intensif dengan modul pembangunan seperti berikut:

  • Pengurusan Penampilan dan Imej Profesional
  • Membina Penampilan Kerja yang Efektif
  • Memilih Gaya Penampilan Mengikut Personaliti
  • Etika Bisnes dan Sosial
  • Etika Makan Profesional
  • Seni pemakaian Bagi Lelaki dan Wanita
  • Komunikasi Efektif di Tempat Kerja
  • Perkhidmatan Pelanggan

En. Asnawi juga mampu menyampaikan program dan membangunkan modul dalam pembinaan kerjaya graduan. Beliau telah memberikan khidmat latihan dan nasihat kepada ramai graduan dan individu yang mencari kerjaya bersesuaian terhadap minat diri. Beliau juga berkemampuan menggunakan ujian personaliti kerjaya dalam mengenali diri untuk mencapai cita-cita yang dicari.

Dengan maklum balas yang baik oleh para peserta, beliau lebih dikenali sebagai seorang yang energetik, bersemangat dan profesional. Gaya beliau yang santai dan mudah mesra menjadi latihan dan konsultasi bukan sahaja lebih efektif, malah diingati oleh para peserta yang menghadiri latihan beliau.