Kursus Perunding Imej Lelaki CMIC

cmic-web-cover-photo

Kemahiran mengurus penampilan lelaki adalah gabungan antara sains dan seni (science and art). Perunding imej yang mahu menawarkan servis penambahbaikan imej kepada lelaki memerlukan latihan yang lebih khusus. Kursus di akademi yang baru dirasmikan dengan ambilan pertama (Batch 1) seramai 6 orang perunding imej telah ditauliahkan sebagai CMIC (Certified Men’s Image Consultant) setakat Mei 2016. Mereka telah dilatih dan memulakan kerjaya sebagai perunding imej lelaki di pelbagai pasaran – awam, swasta, institusi pendidikan dan lain-lain. 

Kursus intensif ini berlangsung selama 4 hari (3 hari pembelajaran dan sehari penilaian).  dan peserta dilatih untuk menguasai 9 modul berkaitan teknik mengurus imej lelaki untuk klien pelbagai peringkat. Peserta dibekalkan dengan material lengkap untuk terus memulakan kerjaya sebagai CMIC sebaik selesai kursus.

OBJEKTIF KURSUS
  • Menguasai kemahiran dan teknik mengurus imej klien lelaki profesional
  • Menjalankan program berkaitan imej, konsultansi korporat dan rundingan individu secara berstruktur dan profesional
  • Mengendalikan audit keperluan dan personaliti imej setiap klien lelaki dengan berstruktur, pantas dan lebih tepat
  • Memberi khidmat nasihat profesional kepada klien lelaki mengikut gaya dan keperluan
  • Memulakan kerjaya dalam bidang perundingan imej lelaki setelah tamat kursus dan ditauliahkan sebagai CMIC (Certified Men’s Image Consultant) oleh pihak akademi

FORMAT KURSUS

Kursus akan disampaikan dengan metod seperti berikut:

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Latihan praktikal
  • Demonstrasi

Setiap peserta kursus perlu terlibat aktif sepanjang penyampaian kursus kerana ianya juga sebahagian elemen yang dinilai untuk tujuan pentauliahan.

Setiap peserta juga akan diuji kefahaman dan penguasaan kemahirannya sepanjang berkursus. Ujian akan dijalankan dalam bentuk berikut:

  • Ujian bertulis
  • Ujian kemahiran individu
  • Ujian kemahiran berkumpulan
  • Ujian penyampaian maklumat dan presentasi

Untuk mencapai tahap CMIC, setiap peserta wajib lulus kesemua ujian yang dijalankan.


MODUL KURSUS

Kursus ini menyediakan latihan khusus yang menjawab segala persoalan berkaitan pengurusan penampilan lelaki profesional. Metodologi kursus meliputi perbincangan kumpulan, pembentangan individu, kuiz, penilaian lisan dan bertulis. Berikut merupakan 9 modul utama yang akan dipelajari oleh para peserta kursus ini

Pecahan 9 Modul Teras
  • Modul 1 Mitos Gaya Lelaki
  • Modul 2 Prinsip dan Peraturan Bekerja Dengan Lelaki
  • Modul 3 Audit Pesona Gaya Lelaki
  • Modul 4 Bentuk Badan dan Keseimbangan
  • Modul 5 Skala dan Bentuk Muka
  • Modul 6 Analisis Warna Untuk lelaki
  • Modul 7 Kod Pakaian – Profesional, Semi Kasual dan Kasual
  • Modul 8 Stail Pemakaian, Jahitan dan Pemadanan
  • Modul 9 Langkah Lengkap Proses Konsultasi