Kursus Perunding Imej Profesional CPIC

cpic-web-cover-photo

Kursus paling popular di akademi ini telah mencapai ambilan ke dua belas (Batch 12). 126 orang perunding imej telah ditauliahkan sebagai CPIC (Certified Professional Image Consultant) setakat Ogos 2017. Mereka telah dilatih dan memulakan kerjaya sebagai perunding imej profesional di pelbagai pasaran – awam, swasta, institusi pendidikan dan lain-lain.

Setiap tahun, kursus ini hanya dijalankan sebanyak dua kali dan hanya 15 peserta diterima pada setiap ambilan. Kursus intensif ini berlangsung selama 7 hari dan peserta dilatih untuk menguasai 12 modul berkaitan teknik mengurus imej profesional untuk klien pelbagai peringkat. Peserta dibekalkan dengan material lengkap untuk terus memulakan kerjaya sebagai CPIC sebaik selesai kursus.

OBJEKTIF KURSUS
  • Memahami kesan imej yang terancang dalam kehidupan peribadi dan profesional
  • Menguasai kemahiran dan teknik asas sebagai perunding imej
  • Menjalankan program berkaitan imej, konsultansi korporat dan rundingan individu secara berstruktur dan profesional
  • Menilai keperluan dan potensi imej setiap klien
  • Memberi khidmat nasihat profesional kepada klien mengikut gaya dan keperluan mereka
  • Memulakan kerjaya dalam bidang perundingan imej setelah tamat kursus dan ditauliahkan sebagai CPIC (Certified Professional Image Consultant) oleh pihak akademi

FORMAT KURSUS

Kursus akan disampaikan dengan metod seperti berikut:

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Latihan praktikal
  • Demonstrasi

Setiap peserta kursus perlu terlibat aktif sepanjang penyampaian kursus kerana ianya juga sebahagian elemen yang dinilai untuk tujuan pentauliahan.

Setiap peserta juga akan diuji kefahaman dan penguasaan kemahirannya sepanjang berkursus. Ujian akan dijalankan dalam bentuk berikut:

  • Ujian bertulis
  • Ujian kemahiran individu
  • Ujian kemahiran berkumpulan
  • Ujian penyampaian maklumat dan presentasi

Untuk mencapai tahap CPIC, setiap peserta wajib lulus kesemua ujian yang dijalankan.


MODUL KURSUS

Kursus ini akan memberi penekanan terhadap dua kategori modul, iaitu modul teras dan modul elektif.

Modul teras adalah modul wajib mengandungi topik-topik yang mesti dikuasai oleh setiap peserta sebelum mendapat gelaran CPIC oleh pihak akademi.

Modul elektif pula adalah modul ekstra yang disediakan bagi membekalkan maklumat berkaitan pengurusan bisnes untuk berjaya dalam kerjaya sebagai perunding imej profesional.

Pecahan 12 Modul Teras
  • Modul 1 Asas Imej / Grooming 101
  • Modul 2 Gaya Personaliti Dan Pengaruh Penampilan
  • Modul 3 Analisis Bentuk Muka  Dan Aplikasi
  • Modul 4 Analisis Bentuk Badan Dan Aplikasi
  • Modul 5 Penjagaan Kulit & Make-up
  • Modul 6 (1) Konsep Asas Analisis Warna
  • Modul 6 (2) Analisis Warna Diri Dan Aplikasi
  • Modul 7 Seni Penampilan Lelaki
  • Modul 8 Seni Penampilan Perempuan
  • Modul 9 Pengurusan Almari Pakaian
  • Modul 10 Personal Shopping
  • Modul 11 Etika Bisnes dan Sosial
  • Modul 12 Etika Makan dan Adab Di Meja Makan

VIDEO SEPANJANG KURSUS CPIC