ENHANCE: Bengkel Imej & Gaya Wanita

enhance-cover-photo

Tubuh yang langsing adalah menjadi idaman semua wanita. Namun, sekiranya anda masih dalam proses menguruskan badan dan belum mencapai berat badan sasaran, anda masih boleh tampil langsing dengan segera. Caranya adalah dengan mengaplikasi Teknik Ilusi Pakaian (TIP) yang memanfaatkan strategi menggayakan pakaian yang sesuai dengan tubuh.

Salah satu kandungan bengkel ini ialah memperkenalkan prinsip TIP. Prinsip ini menjelaskan bahawa pakaian yang mempunyai ciri-ciri yang seimbang dengan bentuk tubuh seseorang mampu menonjolkan ilusi langsing apabila digayakan dengan betul.

TIP sudah lama digunakan oleh para pereka pakaian yang terkenal ke atas rekaan pakaian yang berjenama mewah. Pakaian yang mengaplikasikan TIP menjadi rebutan walaupun harganya mahal kerana bukan sahaja ia mampu ‘melangsingkan’ pemakai, malah pemakai juga akan tampak tinggi dan elegan dengan gaya yang direka sesuai untuk dirinya.


SIAPA PERLU HADIR?

Misi utama bengkel ini ialah untuk melatih wanita agar menjadi lebih bijak memilih pakaian yang memberikan ilusi langsing. Bengkel intensif ini disasarkan kepada:

  • Wanita yang mahu lebih keyakinan apabila membeli dan mengenakan pakaian
  • Wanita yang mahu memilih pakaian yang ‘merahsiakan’ bahagian tertentu pada badan
  • Wanita yang mahu membeli pakaian dengan pembelian yang lebih berbaloi

APAKAH KANDUNGAN UTAMA BENGKEL?

Para peserta bengkel ini akan didedahkan dengan 4 Teknik Ilusi Pakaian (TIP) yang praktikal dan mudah diaplikasikan dalam pakaian harian juga pakaian untuk majlis khusus seperti acara makan malam atau majlis perkahwinan.

  • Corak dan garisan
  • Warna
  • Jenis fabrik
  • Keseimbangan