follow-up-class

Follow-Up Class merupakan kelas sampingan dan ilmu tambahan dalam kursus perunding imej profesional CPIC yang mengandungi modul elektif. Kelas ini bertujuan meningkatkan prestasi dan kefahaman CPIC yang telah bertauliah sebagai seorang perunding imej profesional.

Rebut peluang untuk dilatih dan digilapkan secara komprehensif dan intensif sebagai seorang perunding imej profesional dalam Follow-up Class bersama Master Trainer anda iaitu Puan Mary.

MODUL ELEKTIF

Modul elektif  adalah modul ekstra yang disediakan bagi membekalkan maklumat berkaitan pengurusan bisnes untuk berjaya dalam kerjaya sebagai perunding imej profesional. Modul Elektif tersebut  merupakan:

Strategi pembina modul berkesan

  • Modul sesi konsultasi untuk individu
  • Modul sesi konsultasi untuk kumpulan kecil
  • Modul untuk bengkel dan kursus (workshop)
  • Modul untuk ceramah dan seminar

Strategi menjayakan bisnes secara berterusan

  • Teknik penjenamaan bisnes dan diri
  • Teknik memperkenalkan diri kepada pasaran
  • Teknik mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan