KONSULTASI INDIVIDU

consultation-photo

Anda sedang melalui perubahan dalam kerjaya dan kehidupan. Sedang memburu kerjaya baru atau sedang membuat persediaan kenaikan pangkat. Mungkin anda juga sedang membangunkan bisnes atau bakal menghadiri majlis penting. Anda juga mungkin mahukan imej baru untuk menyuntik rasa yakin dalam diri bagi berdepan dengan orang lain.

Situasi mustahak dan sebegini penting dalam hidup anda memerlukan anda tampil segar dan profesional. Anda pasti mahukan khidmat konsultasi imej untuk kelihatan berbeza namun masih mengekalkan identiti diri.
Menempah sesi konsultasi adalah cara terbaik untuk meningkatkan mutu penampilan anda secara menyeluruh. Sesi konsultasi imej akan memberikan nasihat khusus dan panduan terperinci untuk anda. Selain itu, sesi sebegini juga mendedahkan teknik berpenampilan yang praktikal agar anda boleh amalkan selepas pertemuan anda dengan perunding imej profesional kami.
Sesi sebegini boleh dijalankan untuk lelaki mahupun wanita.

 BAGAIMANA SESI KONSULTASI BERLANGSUNG?

Sesi ini akan dikendalikan oleh perunding imej profesional dan jangkamasanya pula bergantung kepada keperluan anda.

Kebiasaannya sesi konsultasi imej dijalankan secara bersemuka namun sekiranya anda mahukan servis ini dijalankan secara online kerana faktor masa atau jarak, anda boleh memaklumkannya kepada kami.


APAKAH YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI SESI INI?

Bergantung kepada keperluan seseorang serta pakej yang dipilih, secara umumnya sesi konsultasi imej merupakan pelaburan terbaik untuk mendapatkan solusi terperinci seperti:

PAKEJ 1 Konsultasi Menyeluruh

  • Analisa personaliti dan gaya semasa
  • Audit bentuk tubuh, rangka dan susuk badan serta cadangan padanan pakaian dan aksesori
  • Audit bentuk muka serta cadangan padanan gaya tudung atau potongan rambut
  • Analisa tona kulit dan padanan warna pakaian dan mekap yang bersesuaian untuk kegunaan harian dan acara khusus

Konsultasi Termasuk:

  • 10 ilustrasi pakaian, aksesori, gaya tudung atau potongan rambut yang boleh dikenakan
  • Sampel warna yang boleh digayakan pada pakaian dan mekap
  • Sesi personal shopping atau wardrobe management boleh diaturkan bersama sesi ini (sekiranya perlu)

Jangkamasa Konsultasi: 2 jam (maksimum)

PAKEJ 2 Konsultasi Gaya Pakaian

  • Analisa personaliti dan gaya semasa
  • Sampel warna yang boleh digayakan pada pakaian dan mekap
  • Audit bentuk muka serta cadangan padanan gaya tudung atau potongan rambut

Konsultasi Termasuk:

  • 10 ilustrasi pakaian, aksesori, gaya tudung atau potongan rambut yang boleh dikenakan

Jangkamasa Konsultasi: 2 jam (maksimum)

PAKEJ 3 Konsultasi Warna

  • Analisa tona kulit dan padanan warna pakaian dan mekap yang bersesuaian untuk kegunaan harian dan acara khusus

Konsultasi Termasuk:

  • Sampel warna yang boleh digayakan pada pakaian dan mekap

Jangkamasa Konsultasi: 2 jam (maksimum)

PAKEJ 4 Konsultasi Etika & Komunikasi

  • Analisa gaya komunikasi berdasarkan CAPS model
  • Sesi ringkas mempelajari etika khusus untuk acara tertentu seperti etika di meja makan, etika pergaulan bersama tetamu kehormat dan lain-lain

Konsultasi Termasuk:

  • Nota lengkap berkaitan etika sosial berserta panduan komunikasi untuk majlis khusus

Jangkamasa Konsultasi: 2 jam (maksimum)