EMBARK: Seminar Perunding Imej Profesional

Apakah itu perunding imej profesional? Ada yang mungkin pernah dengar tetapi tidak jelas dengan tugasan kerja seharian yang dilaksanakan. Ada juga yang baru pertama kali mendengar profesion sedemikian. Anda tidak perlu risau lagi kerana…

Akademi memberikan pendedahan awal tentang ruang tugas dan potensi kerjaya sebagai perunding imej profesional bertauliah secara sepenuh masa atau separuh masa.

SIAPA PERLU HADIR SEMINAR INI?

Seminar ini disasarkan untuk:

  • Individu yang mencari kemahiran soft-skill yang diperlukan di pasaran
  • Individu yang memerlukan pendedahan terhadap kerjaya perunding imej
  • Individu yang mahu mengetahui potensi besar di dalam kerjaya perunding imej

APAKAH KANDUNGAN SEMINAR INI?

Seminar yang pendek tetapi padat dengan ilmu ini akan memberikan anda gambaran awal terhadap kerjaya perunding imej profesional. Antaranya:

  • 3 perkara yang mesti ada untuk menjadi seorang perunding imej profesional yang berjaya
  • Potensi pendapatan dalam kerjaya perunding imej profesional yang bergiat secara sepenuh atau separuh masa
  • Peluang kerjaya seorang perunding imej dalam pelbagai industri dan bidang