UPGRADE: Bengkel Gaya & Grooming Lelaki

Perkembangan teknologi yang berlaku telah memberikan pendedahan yang lebih cepat dan meluas terhadap dunia fesyen dan penampilan. Dalam berpenampilan, ada teknik dan gaya yang tepat harus diikuti bagi memastikan penampilan diri bukan sahaja disukai ramai, malah meningkatkan keyakinan diri untuk melangkah keluar.

Bengkel Upgrade ini telah disusun khas untuk memberikan ilmu dan kemahiran keterampilan yang praktikal untuk lelaki.

SIAPA PERLU HADIR BENGKEL INI?

Umumnya, konten dan kemahiran dalam bengkel ini direka khusus untuk lelaki dewasa yang mempunyai keprihatinan terhadap penampilannya dan mahukan pembaharuan dalam gaya berpakaian.

Bengkel ini juga amat sesuai untuk lelaki yang mempunyai kerjaya yang memerlukan mereka kerap bertemu orang lain dan lelaki yang kerap menghadiri mesyuarat atau acara bagi mewakili organisasi.

Panduan dan kemahiran yang diperolehi melalui bengkel ini akan dapat membantu lelaki tampil lebih profesional dan segak dengan memilih gaya yang betul dan mengurus diri dengan konsisten.


APAKAH KANDUNGAN UTAMA BENGKEL?

Bengkel UPGRADE ini disusun khas untuk memberikan ilmu dan kemahiran keterampilan yang praktikal untuk lelaki. Konten bengkel ini menumpukan kepada DUA aspek utama:

GAYA
Kenali potongan, fit, warna, siluet dan asas perincian pakaian lelaki. Selepas memahami topik ini, tiada lagi masalah memilih pakaian yang sesuai. Peserta juga akan pelajari kod pakaian (dress code) agar sentiasa tampil sesuai dengan acara.

 

GROOMING
Pakaian yang elok sahaja tidak memadai. Peserta juga akan mempelajari topik grooming di mana topik urus diri dan rapi diri akan diketengahkan. Gaya rambut, misai, janggut, jambang, kebersihan kuku, tangan, mulut, bau badan dan wangian turut akan dibincangkan.