Azlia Idha

Azlia Idha merupakan seorang:

  • Perunding Imej bertauliah (Certified Professional Image Consultant) daripada Akademi Perunding Imej Profesional.
  • Perunding Fesyen & Stail (Certified Fashion & Style Consultant) oleh byFerial Training

Beliau juga merupakan seorang Penata Gaya Tudung (Hijab Stylist) yang pernah bekerjasama dengan selebriti ternama tanahair seperti Heliza Helmi, Yuna, Izara Aishah, Adira AF , Yatt Hamzah, Erma Fatima dan ramai lagi. Sering dijemput sebagai tetamu jemputan TV, radio dan media massa seperti Wanita Hari Ini (TV3), RTM, Berita Harian, Kosmo!, radio Nasionalfm, majalah Mingguan Wanita dan hos segmen fesyen di dalam Astro.

Pengalaman kerjaya beliau lebih 5 tahun sebagai perunding imej dan gaya mengukuhkan kredibiliti beliau apabila beliau melaksanakan program-program pemantapan imej diri bersama klien seperti PETRONAS, Kenanga Investment Bank, Sunsilk Unilever, Heitech Padu Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia, Istana Budaya, Puspanita, IPT/IPTS dan banyak lagi.

Azlia Idha juga pernah memiliki sebuah butik pakaian wanita pada peringkat awal kerjaya beliau sebelum mula bekerja sepenuh masa dalam bidang perundingan imej. Pengalaman berharga ini menjadikan beliau lebih disenangi oleh ramai pelanggan dan klien mengikut cadangan-cadangan penggayaan berdasarkan fabrik pakaian, potongan, warna, corak malah sebahagian cadangan beliau juga melibatkan jenama-jenama pakaian yang bersesuaian berdasarkan diri dan juga kemampuan kewangan.

Terkini, Azlia Idha mempunyai buku hasil penulisan sendiri iaitu “30 Rahsia Gaya Nampak Kurus Tanpa Diet” yang telah membantu ramai wanita lebih berkeyakinan dan berketerampilan. Sebagai pengurus konsultan, beliau juga giat aktif membangunkan projek MAKE, satu sistem pengurusan imej online yang pertama di Malaysia bersama tim Akademi Perunding Imej Profesional.