INITIATE: Seminar Perunding Imej Lelaki

Perundingan imej dalam kalangan lelaki di Malaysia, malah di dunia masih menjadi satu perkara yang perlu diteroka dan didedahkan sebaik-baiknya. Sebenarnya ramai lelaki mahukan ilmu dan informasi yang mampu menjadikan mereka lebih berkredibiliti dan tampil bergaya. Kini, anda tidak perlu keliru kerana…

Akademi akan mendedahkan perspektif baru terhadap dunia perundingan imej khas buat lelaki dan potensi kerjayanya secara separuh masa atau pun sepenuh masa.

SIAPA PERLU HADIR SEMINAR INI?

Seminar ini dibuka kepada lelaki dan wanita dengan sasaran:

  • Individu yang mahu mencari perspektif baru dalam dunia perundingan imej lelaki
  • Individu yang mencari kemahiran baru terhadap keperluan pasaran yang semakin meningkat
  • Individu yang ingin meneroka potensi baru dalam kerjaya perundingan imej lelaki

APAKAH KANDUNGAN SEMINAR INI?

Seminar yang singkat tetapi padat dengan ilmu ini akan memberikan anda gambaran awal terhadap kerjaya perunding imej lelaki. Antaranya:

  • Peluang kerjaya perunding imej lelaki dalam bidang konsultasi dan latihan
  • Potensi pendapatan dalam kerjaya perunding imej lelaki sepenuh masa atau separuh masa
  • Faktor penting dalam menjadikan kerjaya perunding imej lelaki berjaya