Menjadi seorang perunding imej bukan perlu bergaya seperti model atau berpenampilan seperti seorang artis.
Tugas sebagai perunding imej ini adalah untuk menyampaikan ilmu imej yang betul mengikut keperluan orang yang belajar dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Terdapat pelbagai topik yang bakal pelajari oleh peserta sepanjang kursus ini seperti kebersihan diri, personaliti gaya dan sebagainya sebelum mereka mendapat pentauliahan.
Berikut adalah gambar sepanjang hari pertama kursus pentauliahan CPIC batch 18 kali ini.














Oleh itu, selesai sudah hari pertama Kursus Pentauliahan CPIC Batch 18 dengan 2 modul iaitu kebersihan diri dan personaliti gaya.
Sepanjang hari pertama juga peserta memberikan maklum balas bahawa mereka dapat tahu banyak perkara secara lebih mendalam.
Peserta dilihat begitu gembira dan berpuas hati dengan modul yang disampaikan dan berasa teruja untuk teruskan hari yang berikutnya.