Kad Warna Set Cool / Cool Set Colour Card
- Set kad warna ini mempunyai 60 keping kad yang mempunyai tona sejuk (cool undertone)
- Kad ini mudah untuk digunakan sebagai panduan ketika membeli pakaian seperti baju, kemeja, tali leher atau tudung agar warna yang dipilih sesuai dengan tona kulit
Kad Warna Set Warm / Warm Set Colour Card
- Set kad warna ini mempunyai 60 keping kad yang mempunyai tona panas (warm undertone)
- Amat mudah digunakan sebagai rujukan ketepatan warna apabila membeli pakaian seperti baju, kemeja, tali leher atau tudung agar warna yang dipilih berpadanan dengan tona kulit
Kad Warna Set Neutral / Neutral Set Colour Card
- Set kad warna ini mempunyai 24 keping kad yang mempunyai tona neutral
- Apabila membeli seluar, skirt, jaket atau sut, kad ini boleh dibawa bersama untuk dijadikan rujukan ketepatan warna fabrik yang dipilih
Kad Personaliti / Personality Card
- Set kad ini mempunyai 7 kategori pakaian bagi lelaki dan wanita dengan jumlah 56 keping kad
- Kad ini mudah digunakan untuk sesi konsultasi atau latihan untuk menilai dan mengenali stail personaliti
Set Kolar / Collar Set
- Set ini mempunyai 5 jenis kolar yang berbeza tetapi mudah didapati di pasaran
- Dengan kolar-kolar ini, sesi latihan dan konsultasi menjadi lebih jelas dengan bantuan visual. Malah, corak dan warna fabrik kolar yang pelbagai membolehkan aktiviti mix & match baju bersama tali leher boleh dilakukan
Kad Konsultasi Badan / Body Consultation Card
- Kad ini merupakan satu set yang mempunyai 3 jenis bentuk badan lelaki berserta rumusan ukuran dan 5 jenis bentuk badan wanita berserta rumusan ukuran
- Kad ini amat mudah digunakan bagi sesi konsultasi bersama pelanggan sama ada secara individu, dua orang atau berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang
Paparan Kutleri / Cutleries Display
- Paparan ini mempunyai 12 unit kutleri
- Unit ini amat mudah diperkenalkan dan unit kutleri yang dipaparkan mudah didapati pada sebahagian besar tempat makan atau hotel di Malaysia