Ilmu yang dipelajari setaraf dengan ilmu di peringkat antarabangsa. Anda bercakap ilmu yang sama apabila bertemu perunding imej daripada segenap tempat di dunia.
Kami telah mentauliah lebih 199 individu sejak 2012 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Tidak kira anda baru nak bermula atau sudah berpengalaman, kami sentiasa berkongsi pengalaman dan ilmu kami khas buat anda, tiada yang terkecuali
Kursus akademi yang telah mencapai ambilan ke-20, 199 orang telah dilatih dan memulakan kerjaya sebagai perunding imej profesional di pelbagai pasaran. Kursus intensif ini berlangsung selama 7 hari dan peserta dilatih untuk menguasai 13 modul berkaitan teknik mengurus imej profesional. Peserta dibekalkan dengan material lengkap untuk terus memulakan kerjaya sebagai CPIC.
Pihak akademi memulakan inisiatif menawarkan kursus pentauliahan perunding penjagaan kulit (Certified Skincare Consultant – CSC) yang akan berlangsung selama 5 hari secara atas talian dan 2 bulan mentorship. Sebanyak 4 modul dengan jumlah keseluruhan 37 topik akan dipelajari oleh peserta kursus. Setiap topik yang disusun dalam modul utama bertujuan untuk menguatkan pengetahuan dan menjadikan peserta lebih bermutu dan berkeyakinan dalam bidang penjagaan kulit ini.
3A-2, Jalan Wawasan 4/6, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor
03 4287 3564
admin@perundingimej.com