Kursus paling popular di akademi ini telah menerima permintaan tinggi daripada ramai orang. Sehingga Ogos 2024, seramai 199 individu pelbagai latar belakang sudah ditauliah dan menjadi seorang CPIC.
Setiap tahun, kursus ini hanya dijalankan sebanyak dua kali dan maksimum 10 peserta sahaja diterima pada setiap ambilan. Kursus intensif ini berlangsung selama 7 hari dan peserta dilatih untuk menguasai 13 modul berkaitan teknik mengurus imej profesional untuk klien pelbagai peringkat.