3 Jenis Ikatan Tali Leher Yang Asas

Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > 3 Jenis Ikatan Tali Leher Yang Asas

Pemakaian tali leher yang kemas merupakan simbol kekemasan dan kematangan seseorang lelaki yang berkerjaya dalam bidang profesional.

Kali ini, pihak Akademi membawakan kepada anda, tiga ikatan yang asas dan wajib untuk dipelajari oleh seorang lelaki!

Tiga ikatan asas tali leher yang ada seperti berikut:
1. Ikatan Tali Leher: Single Knot
2. Ikatan Tali Leher: Half-Windsor Knot
3. Ikatan Tali Leher: Windsot Knot

 

1. IKATAN TALI LEHER: SINGLE KNOT

Single knot merupakan ikatan tali leher kegemaran oleh lelaki yang mengikut gaya Korea kerana biasanya baju mereka kecil dan kolar baju berkenaan juga kecil.

Single knot ini bukan sahaja mudah untuk diikat, malah ia lebih sesuai juga kepada mereka yang bertubuh kecil.

Single Knot ini akan menghasilkan ikatan yang lebih kecil lantas lebih sesuai bagi bukaan kolar yang kecil.

 

2. IKATAN TALI LEHER: HALF-WINDSOR KNOT

Ikatan Windsor berasal daripada Duke of Windsor (secara rasmi Edward VIII) pada tahun 1930-an dan mula menjadi satu ikatan yang diterima ramai kerana ikatannya lebih teguh dan lebih cantik dengan bentuk segi tiga.

Ikatan tali leher Half-Windsor Knot ini lebih mudah kerana seperti dinyatakan daripada namanya half-windsor, maksudnya ikatan ini diikat secara separuh berbanding Windsor yang lebih penuh ikatannya.

Half-Windsor ini merupakan ikatan yang sesuai buat bukaan kolar yang sederhana (medium collar) berbanding ikatan Single Knot.

 

3. IKATAN TALI LEHER: WINDSOR KNOT

Windsor knot merupakan ikatan tali leher yang lebih sesuai bagi bukaan kolar yang lebar dan luas (wide collar). Ikatan tali leher ini mempunyai bentuk segi tiga yang lebih cantik dan kukuh.

Kolar ini pada peringkat awal mungkin mengelirukan namun dengan latihan yang berterusan, ikatan ini sudah pasti menjadi kegemaran ramai individu korporat dan profesional.

Jika mahukan gaya yang lebih segak, jangan lupa letakkan ‘dimple’ atau lekuk pada bahagian ikatan tali leher sebagai tanda ketelitian dalam mengikat tali leher.

 

Mana satu pilihan ikatan anda?

 

Related Posts

Leave a Reply