Mula Di Sini

Adakah keluarga, rakan dan kenalan anda pernah memuji cara pemakaian atau gaya anda berpenampilan?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Sepanjang masa - Sebenarnya, saya telah menjadi "fashionista" untuk orang di sekeliling saya.
Ya - Saya sering mendapat pujian tentang bagaimana saya memadankan pakaian.
Kadang-kadang – Ada sesetengah masa, saya dipuji, ada sesetengah masa, tidak ada. Bergantung kepada situasi.
Tidak pernah - Gaya diri bukan keutamaan saya.

Correct!

Wrong!

Bagaimana anda menilai tahap kesedaran diri anda terhadap penampilan dan gaya?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Tahap tertinggi – Saya cukup mengenali diri saya dan gaya diri yang sesuai untuk saya dan saya sangat berhati-hati dengan pemilihan setiap item yang ada pada diri saya.
Tahap baik - Saya percaya saya boleh menggayakan diri dengan baik di tempat kerja dan ada pengaruh dalam kalangan orang di sekeliling saya.
Tahap sederhana – Kadang-kadang orang keliru dengan gaya saya tidak bertepatan dengan posisi saya dan personaliti saya.
Tahap rendah - Saya tidak banyak memikirkannya.

Correct!

Wrong!

Apakah pandangan anda tentang kenyataan ini - "Anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk membuat tanggapan pertama yang baik".

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Sangat benar - Tanggapan pertama sangat penting!
Benar - Tetapi bergantung kepada situasi.
Tidak berapa benar – Saya percaya tanggapan pertama ini boleh ada peluang kedua.
Tidak benar - Saya tidak percaya ini berlaku sama sekali.

Correct!

Wrong!

Adakah anda mempunyai pengalaman atau pendidikan yang berkaitan dengan perundingan imej?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Saya mempunyai latar belakang kerja yang sangat relevan. Saya sudah pun terlibat di dalam bidang ini.
Saya percaya pengalaman dan pendidikan saya ada kaitan dengan perundingan imej. Saya cuma perlu belajar struktur ilmu perundingan imej yang betul.
Saya tahu serba sedikit perihal perundingan imej ini berdasarkan bacaan dan saya juga dengar pengalaman orang lain berkaitan perundingan imej. Saya perlukan bantuan lagi untuk meningkatkan ilmu dalam perundingan imej.
Tiada yang relevan. Saya mempunyai latar belakang yang betul-betul berlawanan dengan bidang perundingan imej.

Correct!

Wrong!

Apakah perkara pertama yang anda fikirkan untuk perundingan imej?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Saya tidak sabar nak mulakan! Saya sudah mengambil langkah untuk memulakan proses memulakan perniagaan!
Saya percaya satu hari nanti saya akan memulakan perniagaan saya sendiri dalam bidang ini!
Seronoknya dengar, tapi saya memerlukan sokongan daripada orang lain dan tempat yang mampu memberi saya peluang dan jalan.
Hmmm, mungkin saya tidak berapa bersedia dalam bidang ini.

Correct!

Wrong!

Sejauh manakah keadaan kewangan anda untuk menyokong cita-cita anda menjadi seorang perunding imej?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Saya sudah pun mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memulakan perniagaan ini.
Saya sudah pun mula berjimat dan ke arah mencukupkan simpanan untuk melabur dalam perniagaan ini.
Saya belum mempunyai dana tambahan sekarang untuk kerjaya perundingan imej saya tetapi perlahan-lahan saya sudah pun bekerja ke arah itu.
Saya mahu memulakan kerjaya dalam perundingan imej, tetapi saya tidak mempunyai sebarang wang sekarang atau tidak ada jalan lagi untuk mendapatkan wang.

Correct!

Wrong!

Apakah tahap kepentingan yang anda letakkan untuk pembangunan diri anda?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Tahap tertinggi - Sejak dahulu lagi, saya sentiasa meluangkan masa, wang dan tenaga untuk memperbaiki diri saya.
Tahap tinggi - Penting tetapi bukan keutamaan. Ada peluang, saya pergi, jika taka da, tak apa.
Tahap sederhana – Biasanya apabila orang ajak, baru saya pergi. Cuma keutamaan saya masih lagi tentang perkara lain.
Tahap rendah – saya sendiri tak pasti sama ada pembangunan diri penting atau pun tidak.

Correct!

Wrong!

Berapa jam dalam seminggu yang anda boleh luangkan untuk kerjaya perundingan imej anda?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Saya sedia untuk mendedikasikan sekurang-kurangnya 15 jam seminggu untuk perniagaan perundingan imej saya.
Saya boleh menguruskan kira-kira 10 jam seminggu untuk kerjaya imej saya.
Saya mempunyai tugas sepenuh masa dan / atau kewajipan peribadi yang membuat jadual saya sangat sibuk. Saya beruntung mempunyai 5 - 10 jam seminggu yang tersedia untuk saya untuk mendedikasikan untuk memulakan perniagaan saya.
Saya hanya mempunyai segelintir jam yang disediakan seminggu untuk mendedikasikan untuk kerjaya ini.

Correct!

Wrong!

Sudah berapa lama anda berminat untuk menjadi seorang perunding imej?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Sudah bertahun-tahun saya berminat. Saya yakin saya tahu apa yang saya mahu!
Kurang daripada dua tahun saya mengetahui tentang kerjaya ini.
Saya baru sahaja tahu perunding imej sebagai pilihan kerjaya dalam tempoh kurang setahun.
Sangat baru lagi. Saya tidak pasti sama ada kerjaya ini sesuai atau pun tidak. Saya perlukan lagi maklumat perihal kerjaya ini.

Correct!

Wrong!

Adakah anda sudah bersedia menjadi seorang perunding imej profesional?

(Pilih jawapan yang paling sesuai)
Sangat bersedia – Mari kita mula!
Cukup bersedia - Hanya memerlukan kelayakan yang betul atau alat yang betul.
Separuh bersedia - saya rasa agak takut dan keliru untuk mulakan atau pun tidak
Tidak bersedia - Saya tidak pasti sama ada ini sesuai untuk saya atau pun tidak.

Correct!

Wrong!

Share the quiz to show your results !

Subscribe to see your results

Akademi Perunding Imej Profesional

Saya %%personality%%

%%description%%

But I'm also %%personality%%

%%description%%

Loading...