Selangor
Selangor
03 4287 3564 admin@perundingimej.com Bandar Baru Ampang, Selangor
perunding imej bertauliah

Sebenarnya mana-mana individu yang mahu menjadi seorang perunding imej tiada halangan untuk anda jadi walaupun anda tiada pentauliahan.

Namun, mengapa digalakkan untuk anda mempunyai pentauliahan? Biar kami kongsikan kelebihan perunding imej yang mendapat pentauliahan.

 

1. Pengesahan terhadap kredibiliti

Seorang perunding imej yang mendapat pentauliahan sebenarnya mengesahkan bahawa dia mempunyai kredibiliti untuk menyampaikan topik berkenaan. Kredibiliti ini membantu pelanggan memilih dengan yakin dengan ilmu yang disampaikan untuk manfaat masa depan mereka.

Jika seorang perunding imej tiada kredibiliti, bagaimana pelanggan mahu tahu ilmu yang disampaikan itu benar-benar tepat dan betul seperti di pasaran? Adakah ilmu itu diterima umum dan dipersetujui oleh perunding imej lain? Atau mungkin ilmu yang disampaikan itu ada unsur-unsur berbeza daripada kebiasaan?

 

2. Mempunyai struktur yang baik

Dengan pentauliahan, anda akan menjadi seorang perunding imej yang mempunyai struktur pengajaran yang baik dan tersusun. Anda tahu soalan apa yang mahu ditanya, jawapan apa yang mahu diberi, faktor apa yang nak dipertimbangkan dalam memberi solusi gaya diri.

Sebagai pelanggan, tiada kekeliruan yang berlaku, penerimaan juga lebih baik apabila flow penceritaan dan penerangan dalam keadaan tersusun dan berstruktur.

 

3. Modul yang berkesan

Pentauliahan memberikan anda modul yang sudah pun diterima di peringkat antarabangsa dan teknik pengajaran yang berkesan untuk disampaikan kepada pelanggan.

Modul ini juga menjadi anda seorang perunding imej yang mampu berkomunikasi dengan kefahaman yang sama kepada perunding imej yang lain di mana-mana tempat luar negara yang menerima pentauliahan perundingan imej juga.

 

4. Ilmu yang diuji

Dalam pentauliahan, terdapat ujian sama ada bertulis, secara verbal atau pun pembentangan yang mana ilmu yang anda pelajari diuji sama ada anda betul-betul memahaminya atau pun tidak.

Dengan ujian, bukan sahaja menguji kefahaman anda terhadap modul yang dipelajari, tetapi menguji penggunaan perkataan yang digunakan, teknik penyampaian yang berkesan dan juga penerangan yang betul berdasarkan pelanggan.

 

5. Potensi duit lebih tinggi

Ya! Ini juga salah satu sebab anda perlu ditauliah. Anda boleh dapatkan pembayaran yang lebih tinggi berbanding orang lain. Sama sahaja seperti anda dapatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi, pentauliahan juga memberikan anda peluang yang sama.

Dengan pentauliahan yang anda, anda membuktikan diri anda berbaloi untuk dibayar tinggi berbanding orang lain dan anda mampu memenuhi keperluan pelanggan agar perubahan yang mereka inginkan dapat dilaksanakan.