Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > Perbezaan Perunding Imej dan Penggaya Fesyen

Apa Yang Membezakan Seorang Perunding Imej dengan Penggaya Fesyen?

Kedua-duanya hampir sama, tetapi tidak serupa. Biar kami kupaskan lebih lanjut apa yang membezakan kedua-dua ini.

 

PENGGAYA FESYEN
Penggaya fesyen lebih fokus kepada gaya pakaian berbanding memahami pilihan gaya peribadi yang memakainya. Penggaya fesyen juga lebih cenderung terlibat dalam photoshoot untuk majalah atau laman web, iklan-iklan di TV atau bahan bercetak, video dan filem.

Penggaya fesyen akan menggabungkan kesemua pakaian, mekap, rambut atau tudung dan mempunyai satu-satu gaya yang boleh jadi sementara. Barangan yang digunakan juga lebih bersifat disewa, dipinjamkan atau dibeli untuk projek-projek khusus sahaja.

Berkemungkinan besar, seorang penggaya fesyen mempunyai kepakaran dalam gaya artistik dan kreativiti tersendiri dan melalui latihan khusus terhadap perubahan trend dan trend semasa tapi mereka mungkin tidak mempunyai latihan khusus dalam memahami bentuk badan, keperluan formaliti, gaya personaliti, penggunaan warna dan sebagainya.

Mudahnya, seorang penggaya fesyen mempunyai tujuan untuk menjadikan anda lebih berfesyen, nampak lebih bergaya dengan gabungan pakaian yang pelbagai berdasarkan trend semasa atau yang sedang hangat.

 

PERUNDING IMEJ
Tugas seorang perunding imej adalah memahami peribadi seseorang terlebih dahulu sebelum memberi cadangan gaya. Perunding imej mendapatkan tujuan gaya yang diingini, perubahan yang diharapkan dan impak terhadap diri, keluarga, kerjaya dan masyarakat.

Perunding imej mencadangkan pakaian yang sesuai kepada individu berkenaan yang lebih bersifat evergreen dan boleh digunakan secara konsisten berbanding mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah.

Perunding imej biasanya dilatih secara khusus dalam bidang teknikal yang melibatkan penggunaan warna, corak, garisan, bentuk badan dan muka. Bukan itu sahaja, seorang perunding imej juga lebih luas penglibatannya yang melibatkan adab sosial dan bisnes, adab di meja makan dan gaya berkomunikasi secara verbal dan non-verbal.

Mudahnya, perunding imej menyentuh keseluruhan aspek diri seseorang untuk kegunaan seharian.

Related Posts

Leave a Reply