Bagaimana Memilih Perunding Imej Yang Berkualiti?

Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > Bagaimana Memilih Perunding Imej Yang Berkualiti?

Adakah anda mencari seorang perunding imej untuk membantu anda upgrade imej ke tahap yang lebih tinggi?

Atau anda sendiri tidak pasti, apa lagi yang boleh ditambah baik pada imej diri supaya nampak lebih baik dan memerlukan khidmat nasihat seorang yang pakar?

Izinkan kami berkongsi apakah langkah-langkah dalam memilih seorang perunding imej yang berkualiti.

 

1. Perunding Imej yang Terlatih

Perunding imej yang kita mahu pilih sebaik-baiknya yang terlatih dan mempunyai pentauliahan supaya kita tahu bahawa perunding imej itu mempelajari ilmu imej dengan betul dan melalui satu pembelajaran yang diuji ilmu dan kefahaman.

Dengan ini, kita bukan sahaja mendapat ilmu yang betul daripada perunding imej yang tepat, malah, kita juga dapat memastikan tiada ajaran sesat diperoleh. Maklumlah, dunia fesyen dan imej ini nampak sama, tetapi sebenarnya berbeza.

 

2. Perasaan Selesa

Kita tidak dapat menafikan bahawa setiap orang yang kita jumpa mempunyai chemistry atau pun tidak ketika kita bertemu. Jika kita membeli sesuatu produk, mestilah produk yang kita selesa dapatkan, samalah juga mendapatkan servis perunding imej, mestilah daripada perunding imej yang kita selesa berurusan.

Jika kita rasa tidak berkenan dengan cara dia bercakap, cara dia layan kita, cara dia berhubung dengan kita, usah ragu-ragu, jadi profesional, maklumkan kepada dia bahawa kita akan berurusan dengan perunding imej terlatih yang lain.

 

3. Memahami Objektif

Mana-mana perunding imej sudah tentu akan bertanya banyak perkara kepada anda sebelum cadangan solusi diutarakan. Perunding imej yang terlatih sudah pasti akan memberi solusi berdasarkan objektif yang mahu dikecapi.

Adakah anda mahu kelihatan lebih matang? Lebih berkredibiliti? Mahu naik pangkat? Mahu bertemu bakal bapa mertua? Mahu memilih pakaian perkahwinan dan seumpamanya? Perunding imej sudah pasti boleh membantu apabila dia betul-betul memahami apa yang anda perlu.

 

4. Aktif dan Konsisten

Ya, perunding imej berkualiti sebaik-baiknya adalah yang aktif dan konsisten dalam industri perundingan imej. Jika sekejap-sekejap cerita jahit baju, sekejap-sekejap jual keropok, sekejap-sekejap cerita imej, bukankah itu mengelirukan?

Yang aktif dan konsisten sudah pasti mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi, pemerhatian yang lebih tajam, kefahaman yang lebih mendalam. Yang penting, anda puas hati!

 

4 perkara ini merupakan ciri-ciri dalam pemilihan perunding imej yang berkualiti agar anda berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Related Posts

Leave a Reply