Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > 5 Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau

Mungkin ramai diantara tuan dan cikpuan yang mengelami masalah bau badan. Dan ramai juga yang sedang mencari produk yang sesuai untuk menghilangkan bau badan. Masalah bau badan/badan berbau ini terjadi pada lelaki dan juga perempuan.

Tahukah anda menjaga kebersihan badan merupakan salah satu perkara penting dalam penjagaan imej seseorang? Dan ada banyak cara untuk menghilangkan bau badan. Tapi ada baiknya tuan dan cikpuan mengetahui juga apa sahaja punca dan penyebab bau badan pada seorang wanita mahupun lelaki.

Bau badan merupakan salah satu kebersihan badan bagi setiap individu. Namun, adakah anda menjaganya dengan baik dan mengetahui punca berlakunya bau badan tersebut?

Di sini kami kongsikan 5 punca berlakunya bau badan agar dapat membantu anda menanganinya.

1) Kurang mandi, jarang berus atau sabun tidak sesuai dengan kulit boleh menjadikan bau badan tidak sedap kerana ia dapat membuatkan pembiakan bakteria di anggota badan lebih banyak dan menghasilkan bau badan yang lebih cepat.

 

2) Gemar makan makanan yang bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan badan menjadi tengik kerana makanan tersebut sukar dicernakan dan memerlukan enzim pencernaan yang lebih banyak yang akhirnya mengganggu sistem pencernaan kita.

cara mengatasi masalah badan berbau

 

3) Peralihan hormon bagi wanita terutamanya wanita ketika haid atau selepas bersalin juga dapat mengakibatkan bau badan tidak sedap kerana hormon yang tidak menentu dapat mempengaruhi pada keringat dan kemampuan dalam mengatasi suhu tubuh. Selain di kawasan reproduksi, bagian tubuh lain juga dapat menimbulkan bau badan yang tak sedap.

cara mengatasi masalah badan berbau

 

4) Masalah penghadaman yang kurang baik dapat menyumbang kepada punca bau badan kerana makanan yang tidak dicernakan dengan baik akan bertukar menjadi sisa buangan serta toksin didalam badan. Sekiranya toksin ini tidak disingkirkan, ia boleh kekal dalam tubuh dan mengakibatkan bau badan.

cara mengatasi masalah badan berbau

 

5) Metabolisme badan tinggi dan kerap berpeluh turut menjadikan badan seseorang berbau, ini kerana Kelenjar Eccrine, Apocrine dan sebum bertanggungjawab terhadap proses berpeluh. Di sebum, lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh yang mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan. Bagi individu ayng banyak mengambil makanan yang mempunyai Choline seperti daging, telur dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk kerana bahan tersebut tidak mudah untuk melalui proses metabolisme.

5 Punca Bau Badan

 

Oleh yang demikian, ini sedikit sebanyak perkongsian kami dalam mengenal pasti punca bau badan dan cara mengetasinya.

Melalui perkongsian ini kita dapat mengetahui apa yang perlu dilakukan atau dielakkan bagi mengurangkan bau badan sepanjang hari. Maka, marilah kita menjadi lebih bijak dalam mengendalikan serta menjaga imej kita setiap hari.

Related Posts

Leave a Reply