Bagaimana Anda Mahu Menjadi Seorang Perunding Imej Yang Berkualiti di Malaysia? Perunding Imej lelaki dan Perunding Imej wanita?
1. Mempunyai minat terhadap penampilan
Ya, minat adalah salah satu faktor yang membantu ramai perunding imej memulakan langkah sebagai seorang perunding imej dan menjadi berkualiti.
Pada peringkat awal, hanya minat melihat orang lain bergaya, kemudian mula menambah baik gaya diri, mula kemaskan diri, mula memilih warna yang bersesuaian dan pelbagai lagi dan akhirnya memberi kesan positif kepada diri.
Peringkat seterusnya, barulah mula membantu ramai orang untuk menjadi lebih baik daripada sudut gaya sebagaimana diri sendiri telah lalui. Proses ini mengambil masa yang agak lama, tapi hasilnya, memberi diri perunding imej yang lebih baik.
2. Mempunyai niat membantu orang ramai menambah baik penampilan
Seorang perunding imej mestilah mempunyai impian yang besar. Salah satu impiannya, adalah membantu seramai mungkin orang lain untuk menjadi lebih positif melalui gaya penampilan yang baik.
Apabila kita mula membantu orang, kita membina komuniti yang lebih baik, masyarakat yang mengambil berat terhadap positive impression. Hanya perunding imej yang lebih mengambil berat kepada orang lain akan memberikan hasil yang lebih berkualiti.
3. Mendapatkan pentauliahan
Mana-mana individu yang terlatih sudah tentu lebih berkualiti berbanding individu yang sekadar tangkap muat dan buat cukup syarat belajar daripada laman web atau internet.
Dengan pentauliahan, perunding imej lebih berkualiti kerana modul yang dipelajari bersistematik, terbukti keberkesanannya dan diuji kefahaman.
4. Konsisten dalam berkongsi ilmu
Inilah konsep the more you give, the more you get back. Dengan aktif berkongsi ilmu imej, bukan sahaja orang lain menerima manfaat, tetapi perunding imej semakin mahir dengan ilmunya, semakin lancar perkataannya, semakin mudah analoginya supaya orang lain lebih mudah menghadam.
Agak-agaknya, kalau perunding imej itu kejap kongsi imej, kejap kongsi makanan, kejap kongsi komputer dan gajet, apa hasilnya?
5. Sentiasa menajamkan ilmu imej dengan menghadiri kelas/kursus
Seorang guru yang sentiasa mengajar anak murid juga harus pergi berkursus dalam teknik mengajar, kursus berkomunikasi, kursus menggunakan sistem dan sebagainya. Tujuannya hanya satu – memastikan individu berkenaan mengetahui ilmu terkini dalam bidangnya.
Sama juga seperti seorang perunding imej, mestilah yang sentiasa menambah baik diri dengan menghadiri kursus atau program yang membantu menambah nilai terhadap apa yang ada. Barulah semakin mantap!
Jangan lupa follow dan like page kami untuk maklumat-maklumat sebagai seorang perunding imej.