SAMAKAN WARNA 3 PAKAIAN INI UNTUK LEBIH HENSEM BAGI LELAKI!

Akademi Perunding Imej Profesional > Uncategorized > SAMAKAN WARNA 3 PAKAIAN INI UNTUK LEBIH HENSEM BAGI LELAKI!

Adakah anda keliru mahu menggayakan pakaian yang berunsurkan kulit?
Anda tidak mahu orang lihat gaya anda outdated dan tidak mengikut trend?
Anda mahu pastikan pelaburan terhadap pakaian anda berbaloi?

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda apakah 3 pakaian yang sangat bagus untuk disamakan warnanya supaya anda kelihatan lebih segak dan bergaya!

 

Pakaian Pertama: Kasut

Kasut merupakan komponen pertama yang harus disamakan warna dengan pakaian lain yang akan dinyatakan nanti.

Kata-kata Marilyn Monroe “Give A Girl The Right Shoes, And She Can Conquer The World”. Ya, walaupun kata-kata ini khas buat wanita, tapi saya percaya kasut lelaki juga adalah satu komponen yang amat penting untuk dipakai dengan betul dan tepat.

Jadi, apakah warna yang bagus untuk kasut? Sebelum itu, perlu jelas ya bahawa kasut yang kita sedang bincang ini merujuk kepada kasut kulit, bukan kasut sukan atau sneakers. Sangat berbeza tu!

Kasut kulit yang bagus untuk digayakan sama ada warna hitam atau pun warna coklat gelap. Kedua-dua jenis warna kasut kulit ini boleh digayakan secara formal atau santai.

Oleh itu, teknik menggayakan, apabila kasut berwarna hitam, maka komponen pakaian lain yang berkaitan juga haruslah berwarna hitam. Jika berwarna coklat, maka komponen pakaian lain juga harus berwarna coklat.
Mudah sahaja!

 

Pakaian Kedua: Tali Pinggang

Tali pinggang merupakan satu pakaian yang nampak ‘tidak penting’ sedangkan apabila anda menonjolkan tali pinggang anda terutamanya ketika waktu bekerja, maka di situlah orang akan melihat betapa ‘telitinya’ anda dalam aspek pemakaian.

Tali pinggang ini sangat mudah kelihatan apabila anda memakainya tanpa anda sarungkan blazer ditambah lagi, anda tuck-in baju anda ke dalam seluar terutamanya waktu bekerja.

Jangan ragu-ragu lagi, jika mahu solusi yang mudah, dapatkan tali pinggang yang mempunyai dwi-warna, hitam dan coklat gelap depan belakang.
Dengan itu, anda boleh tukar warna bila-bila sahaja yang anda nak! Buka saja kepala tali pinggang dan pusing! Senang betul!

 

Pakaian Ketiga: Jam Tangan

Jam tangan merupakan satu aksesori pakaian yang begitu jelas kelihatan di tangan.

Gaya anda tidak akan lengkap tanpa jam tangan, malah, anda tidak akan kelihatan cukup maskulin jika tiada item berkenaan.

Biasanya warna yang boleh disamakan adalah pada bahagian tali jam tangan kulit. Warna kulit itu disamakan dengan warna kasut dan juga tali pinggang, pasti kelihatan lebih segak dan rapi!

Secara rumusannya:
Jam tangan kulit + kasut kulit + tali pinggang kulit = Coklat
atau
Jam tangan kulit + kasut kulit + tali pinggang kulit = Hitam

 

Related Posts

Leave a Reply