Bagaimana Kerjaya Perunding Imej Menghasilkan Duit? (part 2)

Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > Bagaimana Kerjaya Perunding Imej Menghasilkan Duit? (part 2)
Macam Mana Perunding Imej Buat Duit

5. Perunding Imej Buat Duit Dengan Membantu Klien Tempat Pakaian Custom-Made
Anda nak beli baju baru di kedai jahit, tapi tak pasti nak cakap apa pada tukang jahit? Tukang jahit memberi recommendation untuk pilih jenis design dan corak, tapi anda sendiri tak pasti sesuai atau tidak dengan anda? Itulah gunanya perunding imej!
Perunding imej akan membantu pakaian yang macam mana anda patut tempah dengan tukang jahit dan tidak semua recommendation tukang jahit bersesuaian dengan pejabat atau bidang yang anda bekerja, oleh itu, perundign imej juga akan pastikan ciri-ciri pada pakaian yang ditempah bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan yang sesuai.

6. Perunding Imej Buat Duit Dengan Mencadangkan Rekaan Uniform untuk Syarikat
Ada syarikat atau rakan-rakan anda yang baru sahaja membina syarikat baru? Atau mereka mahu memberikan nafas baru kepada syarikat dan staf? Biasanya pelanggan seperti ini menggunakan khidmat perundign imej untuk membuat uniform yang baru bersama design, warna, dan corak untuk disesuaikan dengan syarikat yang ada.
Perunding imej akan memberi khidmat nasihat dan cadangan pilihan uniform yang boleh ditempah agar syarikat yang dibina bukan sahaja nampak berkredibiliti, malah lebih matang berbanding syarikat-syarikat baru yang lain.

7. Perunding Imej Buat Duit Dengan Melaksanakan Sesi Konsultasi Tambah Baik Imej
Perunding imej juga buat duit dengan melaksanakan sesi konsultasi one-to-one dengan pelanggan. Ada pelanggan yang mahu belajar tapi malu untuk menghadiri kelas yang ramai. Disebabkan itu, mereka lebih suka jika ada seseorang yang boleh bantu secara peribadi dan menjaga kerahsiaan yang ada menambah baik imej diri.
Sesi konsultasi ini juga amat baik dilakukan kepada individu yang mempunyai jawatan yang tinggi dan mahukan khidmat nasihat secara tertutup bersama perunding imej. Jadi, individu yang boleh menjadi pelanggan anda daripada setinggi-tinggi Tan Sri sehinggalah rakyat marhaen biasa!

8. Perunding Imej Buat Duit Dengan Mengendalikan Sesi Perkongsian Imej Dalam Seminar atau Bengkel
Perunding imej boleh juga mengendalikan sesi perkongsian imej dalam slot-slot pendek seperti 1 jam, 2 jam atau ada juga yang buat sehingga 7 hari! Wow!
Bayangkan jika 1 jam menerima pembayaran Rm200, kalau 1 hari mengendalikan bengkel, hampir 8 jam, banyak duit dah tu! Memang terbaik.
Hampir semua organisasi di Malaysia memerlukan slot kesedaran imej diri agar sentiasa berketerampilan di pejabat atau pun di luar pejabat.

Itu serba sedikit perkongsian tentang macam mana kerjaya perunding imej buat duit.

Anda ada komen atau maklum balas yang nak diberikan? Boleh komen di bawah.

Related Posts

Leave a Reply