Bagaimana Seorang Perunding Imej buat duit? (part 1)

Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > Bagaimana Seorang Perunding Imej buat duit? (part 1)
perunding imej buat duit kaya

Anda pernah dengar seseorang cakap tentang kerja dia sebagai perunding imej? Anda pun keliru, tak pernah dengar pun? Apa sebenarnya dia buat? Macam mana dia dapat duit dan sara hidup?
Ok, hari ini saya akan kongsikan kepada anda, macam mana perunding imej boleh dapat duit daripada anda.

  1. Perunding Imej Buat Duit Dengan Kendali Sesi Ceramah Etiket Untuk Staf
    Seorang perunding imej buat duit dengan memberi ceramah, atau training atau seminar atau bengkel khusus dalam etiket atau tatatertib seseorang kepada staf satu-satu organisasi. Etiket ini termasuklah cara duduk, cara bersalam, cara berdiri, cara beramah mesra, dan ada juga skil untuk perkhidmatan pelanggan.
  2. Perunding Imej Buat Duit Dengan Merangka Polisi Kod Pakaian Organisasi atau Syarikat Baru
    Perunding imej juga boleh buat duit dengan membantu syarikat baru atau organisasi yang mahu rebranding stafnya dengan mengubah suai polisi pakaian untuk staf bergantung kepada posisi, jawatan dan juga keadaan sekeliling. Mungkin syarikat anda nak pertimbangkan beberapa situasi baru seperti: Nak pakai Jeans? Nak kena guna baju kurung? Nak pakai baju F1 atau kemeja? Haaa, semua ini, perunding imej boleh beri advise.
  3. Perunding Imej Buat Duit Dengan Menjalankan Servis Wardrobe Management
    Perunding imej boleh membantu pelanggan menguruskan pakaian di dalam almari mereka dan juga memberi cadangan pakaian apa yang perlu ada untuk keperluan kerjaya pelanggan. Baju dah lebih setahun tak guna? Mereka akan advise nak buat apa. Baju yang jarang guna tapi guna sekali sekala dalam tempoh 6 bulan? Pun jangan risau, perunding imej akan advise. Haaa, jangan risau, perunding imej beri recommendation apa nak buat.
  4. Perunding Imej Buat Duit Dengan Menjadi Personal Shopper
    Biasa pergi shopping dengan kawan-kawan dan mereka beri advise? Macam-macam nasihat dicadangkan oleh kawan, kena beli warna hitamlah, kena beli labuh sikit supaya tak nampak besar dan berisi, dan macam-macam lagi advise. Apa beza kawan advise dengan perunding imej advise? Perunding imej advise mengikut pengetahuan sains dan badan manusia. .

Contohnya, jika anda tak cukup blazer, perunding imej akan advise beli blazer baru bersama dengan perincian yang ada seperti labuh blazer, jenis potongan blazer, corak blazer, butang blazer dan macam-macam lagi!

Itu serba sedikit perkongsian tentang macam mana kerjaya perunding imej buat duit. Anda ada komen atau maklum balas yang nak diberikan? Boleh komen di bawah.

Related Posts

Leave a Reply

Tentang Kami

Kami merupakan akademi pilihan utama untuk mendapatkan pentauliahan sebagai seorang Perunding Imej Profesional Bertauliah (Certified Professional Image Consultant, CPIC) dan Perunding Imej Lelaki Bertauliah (Certified Men’s Image Consultant, CMIC)