Lelaki Perlu Ada 3 Corak Tali Leher Ini

Akademi Perunding Imej Profesional > Perunding Imej > Lelaki Perlu Ada 3 Corak Tali Leher Ini

Adakah kita pernah keliru nak pakai tali leher apa untuk dipakai?
Pernah terfikir tali leher apa yang bagus di pakai dalam majlis-majlis atau ketika bekerja?

Tak perlu risau dah!

Hari ini saya kongsikan tentang ilmu tali leher pula. Sebenarnya menjadi menjadi satu keperluan lelaki profesional untuk mempunyai pilihan tali leher yang betul agar diri kelihatan lebih berkredibiliti.

Kebiasaannya, lelaki profesional disarankan mempunyai 3 jenis corak

CORAK PERTAMA: TALI LEHER BERCORAK POLOS.

Lihat sahaja individu-individu penting sama ada dalam industri bisnes, politik, berpangkat tinggi atau apa-apa jua organisasi, corak polos merupakan antara pilihan yang bagus untuk meningkatkan kredibiliti diri dan dikira formaliti tertinggi.

Tali leher sebegini jarang sekali boleh silap digayakan dengan kemeja yang ada di dalam koleksi pakaian kita. Kemeja polos atau bercorak, sudah tentu boleh digayakan dengan tali leher ini.

 

CORAK KEDUA: TALI LEHER BERCORAK JALUR

Tali leher berjalur lebih sesuai dipadankan dengan baju kemeja polos dan menampakkan lebih corak pada badan tetapi masih tidak berlebihan.

Walaubagaimanapun, kita perlu berhati-hati memakai tali leher berjalur di United Kingdom kerana tatacara pemakaian tali leher berjalur lebih berprotokol di sana.

JIka kita mahu kelihatan lebih berani dan ‘fun’, boleh saja gayakan tali leher kita dengan kemeja yang ada corak juga.

 

CORAK KETIGA: TALI LEHER BERPETAK KECIL

Corak ini hampir sama dengan corak polos apabila dilihat daripada jauh dan memberi sedikit karakter kepada pemakai dengan corak yang ada. Corak tali leher ini halus dan hanya boleh dilihat dengan jelas apabila kita mendekati si pemakai.

Namun, perlu berhati-hati dengan saiz petak pada tali leher. Elakkan memakai petak yang lebih besar dan menonjol, apatah lagi yang berwarna-warni terutamanya untuk kerja.

JIka kita mahu nampak lebih dramatik, boleh saja gayakan dengan kotak-kotak yang lebih berwarna-warni dan bersaiz besar.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Selamat beramal!

Related Posts

Leave a Reply